Followers

Friday, February 11, 2011

FFM ke-23 2010 YANG MENGUNDANG KONTROVERSI

Salam semua : )
Tengok tajuk pun dah gerun kan..haha..pada mereka yang mengikuti perkembangan Ezuwan mesti tahu dah kes yg mengundang kontroversi ni..Sebelum Ezuwan memulakan bicara dan tulisan Ezuwan ini, ingin Ezuwan memohon maaf kepada yang terlibat.Bukan niat Ezuwan utk mengeruhkan keadaan ataupun mengembalikan kehangatan isu ini..tp tujuan nya adalah utk berkongsi dgn pembaca2 semua supaya lebih jelas lagi : )
 Yang penting, Ezuwan utk pertama kalinya mereka pakaian utk hos FFM..sapa lagi kalau bukan Sharifah Shahira..Bukan senang nak dpt peluang mcm ni..perasaan tu hanya Tuhan saja yg tahu..Ezuwan kena buat 2 baju.sebelum Ezuwan buat baju tu, Ezuwan kena la propose a few design tuk Kak Shira..pastu kitaorg berbincang dan berkongsi idea la..ini adalah kali pertama Ezuwan bekerjasama dengan Kak Shira..seorg yg funny2 dan kelakar..xkering gusi org kata..Malam tu Kak Shira pakai 2 baju Ezuwan color royal blue dan kuning : ) Alhamdulillah segalanya bjalan lancar..
  Apa yg kontroversinya?kecoh 1 malaya? hehe..isunya pasal Raja Farah nampak berisi bila pakai baju Ezuwan..hmmm..tul ker?dah la dia host red karpet malam tu..so semua mata tertumpu la kat dia..Citernya begini..di sebabkan masa suntuk utk menyiapkan dress tu, masing2 bz so Ezuwan hanya berpeluang ambik ukuran Raja Farah malam rehearsal FFM..pastu dress tu siap hari FFM tanpa sebarang fitting...hmm xper la..nk bt mcm mana..apapun Ezuwan di kecam hebat, Ezuwan menerima segala kritikan dan komen dari semua pihak dan jadikan pengajaran utk Ezuwan di masa hadapan..terima kasih atas segala kritikan yg membina :)
Nasib tak menyebelahi Ezuwan utk FFM kali ini, bila actress Diana Daniel menolak utk memakai koleksi Ezuwan di hari FFM..Apa kes? hehe : ) walau apa pun Ezuwan masih bersabar dan menganggap perkara ini sbg asam garam...pahit manis semua kena rasa..tak di sangka isu ini keluar dlm Pancaindera Mingguan Malaysia..terkejut Ezuwan..cepat betul tersebar kan..walaupun bkn dari mulut Ezuwan..hangat...pastu keluar lagi dlm newspaper MStar..bukan niat Ezuwan utk mengeruhkan keadaan  dlm artikel MStar, tp cuma ingin menjelaskan lagi perkara sebenar2nya..
  Walauapapun...Ezuwan terima dgn positif, lagipun Ezuwan baru setahun jagung dlm industri ini..so xnak la cpt melatah..Apapun Ezuwan memohon maaf sekiranya tulisan ini menyinggung perasaan mana2 pihak..Jadikan sbg iktibar tuk masa hadapan...dan lebih berhati2..Amin





 Kaftan kuning dengan detailing hijau didada dan tgn


kak Shira dengan dress royal blue with silver detail



Cutecarry pun ada? suit grey tu adalah blogger Cutecarry..pun dgn koleksi Ezuwan



Inilah dia baju Raja Farah yang mengundang kontroversi hangat di pasaran..

 Alhamdulillah selepas isu ini rezeki Ezuwan bertambah..setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Thanks God!

No comments:

Post a Comment